Organisasi Kelab:

  1. Penasihat: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin
  2. Jawatankuasa Penaja: Team drmaza.com
  3. Anggota: Ahli-Ahli Yang Berdaftar Menerusi drmaza.com

Tujuan Penubuhan Kelab:

  1. Untuk melaksanakan tanggungjawab bantu-membantu dalam menyebarkan mesej Islam yang indah kepada masyarakat muslim dan non-muslim. Ia selaras dengan arahan Allah dan RasulNya agar setiap kita tolong-menolong demi kebaikan dan menyampaikan risalah Islam yang sebenar.
  2. Menjadi saluran ilmu dan idea antara sesama ahli ke arah pembinaan minda dan jiwa.
  3. Memanfaatkan kelebihan setiap ahli dalam melaksanakan tugasan menyampaikan kebenaran dan ilmu.
  4. Mengeratkan ukhuwwah sesama ahli supaya dapat kenal mengenal dan bantu membantu antara satu sama lain.

Aktiviti:

Akan dirancang dari masa ke masa dengan ahli-ahli kelab. Ini termasuk perjumpaan berkala dengan Penasihat Kelab, pertemuan dengan berbagai tokoh, seminar, wacana, kembara ilmu, perjumpaan khas dan berbagai aktiviti yang lain.

Sumber Kewangan Aktiviti:

  1. Sumbangan ikhlas.
  2. Yuran penyertaan.

Pengurusan kewangan InsyaAllah, akan cuba diuruskan dengan telus; laporan bulanan akan dinyatakan.

Penyertaan:

  1. Saluran/Cara: menerusi borang pendaftaran di drmaza.com.
  2. Yuran: RM 1 sahaja - No akaun Maybank : 154101129300 atas nama Norzaimah bt. Mohd Alias (jika disumbang lebih, dimasukkan ke dalam akaun aktiviti Kelab).

Borang:

  • Nama Penuh:
  • Alamat:
  • Pekerjaan:
  • I.C:
  • no. hp @ telefon:
  • ** Sila klik di sini untuk memuat turun (download) borang penyertaan.
    ** Pihak KMT membenarkan penangguhan pembayaran yuran keahlian sehingga kepada pelancaran KMT pada 25 Oktober 2008.
    ** Borang yang telah lengkap di isi boleh dihantar semula melalui:

    • email ke alamat kelabmindatajdid@protajdid.com atau
    • diposkan ke alamat Setiausaha KMT, No-7 Jln Perkasa 3, Taman Bukit Terendak, 76300 Sungai Udang, Melaka.

    Program Terdekat:

    Ahli-ahli KMT dijemput melayari laman forum KMT untuk mendaftar dan memberi cadangan pertemuan pertama ahli-ahli kelab berkenaan tempat dan aturcara program dalam waktu yang terdekat ini.

    Comments No Comments »